My ham radio adventure...

Monday, July 27, 2009

28/07/2009 - Pengetahuan AM

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita mengencing orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Saiful memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun. .seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom masuk air.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L, M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

26/07/2009 - Int. Lighthouse & Lightship Weekend 2009

Malaysian Nation Wide Light House Weekend 2009 (MLHW 09), and International Light House Ham Radio Weekend 2009

Hi All,

Our friend intends to do an International Light House Ham Radio Weekend and he has prepared the paper below for your attention.

Enjoy reading -

Purpose:
i. This event is not a contest, there are no prizes or any other enticements to participate and is therefore free of charge.
ii. To promote public awareness of ham radio and lighthouses in Malaysia.
iii. To acknowledge the contribution and recognition of the lighthouses and their keepers.
iv. To foster fellowship among members of the various Ham Radio clubs and Lighthouse Societies in Malaysia.
v. To gain experience for DX-peditions for the Ham Radio operators and to promote “exotic” Malaysia among International DXCC chasers or seekers.
vi. Pilot project proposed, as a future yearly event on the 2nd weekend of August and to be inserted in the Tourism Malaysia Calendar of the year.
i. Since the 2nd weekend of August every year, coincides with the “Asia Pacific JOTA”, this ILLW event is extended to all Boy Scouts and Girl Guides via BP House Malaysia, to join in the fun at the light houses or contact the light houses via Ham Radio.

Date: 1st till 31st August 2009 (MST)
1. Weekend 2 – 8 Aug 09 (Sat), 9am till 9 Aug 09 (Sun) 3pm (30hrs)
2. Weekend 3 – 15 Aug 09 (Sat), 9am till 16 Aug 09 (Sun) 3pm (30hrs)

Collaboration with:
1. Jabatan Laut Malaysia
2. Kementerian Belia Dan Sukan
3. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
4. Kementerian Pelancongan & Tourism Malaysia
5. Pejabat Menteri Besar & Local Council
6. MARTS
7. MARES
8. ASTRA
9. NESRAC
10. JASRA
11. PERAMAH
12. BARC
13. Kinabalu Radio Club
14. SARC
15. Kuching Radio Club
16. Brunei Darrusallam Radio Society
17. SARTS
18. All other groups within Malaysia

Light Houses Station Master:
1. Penang
1. Rumah Api Fort Cornwallis, 9M2BA – Azmi Abdullah
2. Rumah Api Muka Head
3. Rumah Api Pulau Rimau
1. Selangor
1. Rumah Api Pulau Angsa 9M2CJ – Thiam Chee Ming
2. Rumah Api One Fathom Bank
3. Rumah Api Kuala Selangor 9M2SQL – Abdul Mutalib Omar
4. Rumah Api Bukit Jugra 9M2JEN - Saiful, 9M2ONE - Aziz

1. Negeri Sembilan / Melaka
1. Rumah Api Cape Rachado 9M2QQ – Hans Elhers
2. Rumah Api Pulau Undan 9M2WT – William Tan
1. Johor
1. Rumah Api Bukit Segenting 9M2NP - Tango (Narayanan Pillai)
2. Tanjung Piai Lightbeacon
3. Pulau Pisang Light House
4. Tg Api Api Light House 9M2DA Deen Atan
5. Tg Tenggaroh Light House
6. Pulau Mungging Light House
1. Pahang
1. Rumah Api Tanjung Gelang 9M2TOT Ibrahim B Musa
1. Kelantan / Terengannu
1. Tumpat Light House
2. Pantai Senok . Pengkalan Daty Light House
3. Seabelle Rock Light House, Pulau Perhentian
4. Bukit Puteri Light House Kuala Terengganu
1. Sabah
1. Tanjung Kubong Light House 9M6DJC – M Christoper
2. Pulau Papan Light House
3. Pulau Gaya Light House
4. Pulau Kalampunian Light House
5. Pulau Silingan Light House
6. Tanjung Trang Light House
7. Bagahak Light House
8. Pulau Si Aimil Light House
1. Sarawak
1. Tanjung Dato Light House 9M8DB – Johnny
2. Tanjung Po Light House
3. Tanjung Jerijeh Light House
4. Tanjung Sirik Light House
5. Tanjung Kidurong Light House
6. Tanjung Lobang Light House
7. Tanjung Baram Light House



ITENERARY FOR ILLW AT JUGRA LIGHTHOUSE

Date/Time Start: 15/8/2009 , 9am
Date/Time Finish: 16/8/2009, 3pm
Locaton: Jugra Lighthouse, Banting
Accomodation: Bring your own tent
Food: On your own ( of course kopi kow & biscuits provided).. there are talks that someone will sponsor the lamb barbeque..
Any donation in any form are welcome.

On 15/6/2008, there will be sembahyang Jemaah Maghrib & Isyak and Tahlil before continue DX. Please bring yr own sejadah, kain, anything else..

Station Master: 9M2JEN, 9M2ONE
Project Manager: 9W2YR
Others: 9W2BDZ, 9W2MSG, 9W2DNO, 9W2YDP, 9W2BCT, 9W2RES, 9W2EEE, SWL Akie

- All participants are required to register themself & obtain the ID Tag at the entrance. ID Tag to be wear at all time.
- There will be TV3 shooting during the event.
- Please observe the rules & regulation. This is restricted area. Do not trespass the "No Entry Area".
- Jangan berkelakuan sumbang, nanti time tido kena angkat ke kubur cina di bawah tu.. (joking..hehe)
-
Come & experience DXing with far station around the globe...